Dua hari lepas pergi melawat seorang teman di CyberHeight Villa , Cyberjaya bersama seorang teman rapat. Teman yg aku lawat nih pon kenal masa zaman2 belajar dulu, ekceli bekas rumet kat ostel. Saje2 laa singgah since dah lalu kat2 situ then dia pon ajak singgah. Masuk jer kawasan CyberHeight tu mata kami berdua dah memandang kiri dan kanan. Terpegun dengan kecantikan rumah2 di situ dan kami membayangkan hanya org2 yg berkemampuan sahaja mampu tinggal di rumah2 seperti itu. Almaklum laa mahal!
Teman bekas rumet tu plak tinggal di satu area yg agak privacy. Wah! Sungguh 1st Class org kate. Kami berdua yg masih di dalam kereta terpegun seketika. Bila diberitahu rumah teman di tingkat 1, kami terus naik. Keadaan sangat privacy dan sangat senyap( ehehe..kegemaran aku nih). Loceng ditekan dan keluar laa teman td. Kebetulan dia tinggal seorang kerana dua lg rakan serumah bekerja (kerja mlm). Melangkah masuk sudah terpegun dengan keadaan rumah walaupon rumah tu bukan laa 'fully furnished". waah! sangat elegan (kataku kepada teman ku itu). Dia hanya tergelak dengan berkata " biasa jer laa kak. tadek ape pon". Rakan ku yg seorang lagi tu pon agak terpegun sehingga tidak dapat berkata apa2. Kami macam jakun sekejap. Memandang ke kiri , ke kanan, ke atas dan semuanya laah. Teman bekas rumet ku itu tinggal di master bedroom. Kebetulan aku menumpang masuk utk solat maghrib. Wah, mmg puas hati dengan keluasan bilik dan bilik air yg ade dalam bilik tu. Siap bath tub lg dengan ruang bilik air yg sangat luas.
Kami pon bertanya laa harga rumah dan harganya mencecah hampir RM 200k. Hurm...agak standard laaa rumah seperti itu sedangkan rumah lamaku dia cyberia itu pon yg agak kecl dan sempit sudah mencecah RM160k. Tp yg membuatkan aku dan rakanku itu terkejut tu bila teman bekas rumetku itu berkata ," rumah nih murah jer kak, duduk pon sementara aje sampai rumah saya siap. Rumah baru saya tuh RM 250k." erkkkk...rasa tercekik sekejap, teman ku pon agak terkedu . Kami berdua saling berpandangan tidak percaya kerana teman rumetku itu baru sahaja berumur 22thn dan sudah mampu memiliki sebuah rumah yg berharga RM250k. Tp setelah aku teringat kembali yg teman bekas rumetku ini adalah anak tunggal dan dr keluarga yg kaya, terus aku beritahu kepada temanku yg lg seorang itu. Bagaikan puteri, temanku ini dilayan sebenarnya. Mak dan ayahnya sangat menyayanginya dan menghadiahkan sebiji rumah berharga sebegitu kepada temanku itu. Dan dia berkira2 utk berhenti kerja untuk memberi tumpuan penuh pada Masters. Aku berkira-kira di dalam hati, alangkah bertuahnya aku sekiranya aku berada ditempatnya dan jika tidak pon, bilakah aku mampu utk memiliki sebuah rumah yg berhara sebegitu. Hurm...
Sebelum balik, sekali lg kami (especially aku) jakun bila tgk suis lampu dan kipas tidak dipetik atau ditekan seperti di rumah kebiasaan. Di rumah temanku itu, suisnya seperti " touch screen"...waaaahhhh!!sangat marvellous dan sangat lah Cyber.
Dan utk kali ke sejuta kali, aku terasa jeles teramat sangat dengan insan2 bertuah sepertinya itu.
No comments:
Post a Comment