Vitamin D
Memulakan hari pertamaku bertugas di Jabatan Ketua Menteri Melaka pada jam 8 pagi dengan menyanyikan lagu Negaraku dan Melaka Maju dalam upacara Perhimpunan Bulanan di Seri Negeri. Aku lihat semua Datuk-Datuk dan semua kakitangan jabatan kerajaan berdiri bersama-sama tanpa mengira pangkat dan darjat. Tak ketinggalan Ketua Menteri juga turut berdiri di tengah panas walaupon peluh dah menitik-nitik turun membasahi kolar baju. Ketika di situ, aku teringat pengalaman masa sekolah dulu-dulu di mana kene beratur di tengah panas pagi sampai ada yang basah lencun dek peluh hangit.Cikgu-cikgu pulak sedap duduk di kerusi yang beratapkan bumbung redup sambil memandang sinis pada murid-murid kerana tidak berdiri tegak. Huh! Tapi hari ini, ku lihat tidak ada sebuah kerusi pon di situ , waima CM turut berdiri di tengah panas, sama-sama berdiri tegak.
Memulakan upacara dengan bacaan doa dan apa yang kuperhatikan setelah beberapa kali hadir di Seri Negeri, tepat jam 8.15 pagi, walaupon tiada perhimpunan pagi, bacaan doa tetap berkumandang melalui pembesar suara dan semua kakitangan turut mengaminkan doa tersebut. Setiap Jumaat pula akan ada ceramah agama yang akan dihadiri oleh semua kakitangan tanpa ada paksaan. Berbeza sungguh dengan tempat keje lama ku (maaf, nama terpaksa dirahsiakan) apabila memaksa staf utk menghadiri ceramah agama yang mana rata-ratanya datang dengan hati yang berbuku dan tidk ikhlas. Terpaksa! Alhamdulillah, di sini ku lihat, walaupon tidak dipaksa, masih ramai yang datang. Di sini attendance terpaksa diambil utk memastikan kekitangan tidak "melencong" ke tempat lain semasa sejam ceramah.
Alhamdulillah, dari apa yang diberitahu kepadaku pagi tadi, Bos ku amat bertimbang rasa dan baik hati. kebetulan pula, aku telah bertemu beliau sewaktu interiew (yang mana byk mengasakku dengan soalan2 yang hampir menyebabkan aku tercekik). Aku telah diberikan seorang staff lelaki yang akan membantuku dan alhamdulillah dia nampaknya ok dan mudah untuk bekerjasama.
Apa yang ku harapkan kali ini, aku dapat meyakinkan bos aku dengan keupayaanku dan "saya akan buat yang terbaik!!!" (pinjam jap ayat skema AF).
4 comments:
bestnya dia :)
alhamdulillah...
semoga happy di tempat keje baru..hehehe...and smeoga cepat kawin :D
kang ada kosong bagi tahu tau!!
Post a Comment