Friday, August 25, 2006

She wants to, be she couldn't...

Belum sampai dua bulan aku memulakan kerjaya di sini, hidupku dah penuh dengan kesibukan. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana aku dah mula dapat menyesuaikan diri dengan keadaan yang ada sekarang. Kerja juga sudah semakin lancar dan aku tidak lagi kekok seperti dulu. Aku juga sudah mendapat keyakinan yang lebih terutama sekali apabila mengadap Datuk2 dan ahli-ahli exco. Berbanding dulu, aku hanya mampu tersenyum dan mengangguk, sekarang aku sudah berani berdebat dengan mereka. Alhamdulillah juga kerana dikurniakan dengan seorang bos yang sangat memahami dan baik hati. Dalam keadaan aku "ditembak" di dalam mesyuarat , dia akan datang ke bilikku , menjenguk sambil memberikan senyuman yang aku kira mematikan amarahku. Hatiku kembali sejuk setiap kali ketua ku yang seorang itu memberikan kata-kata perangsang. Ah!!!Bukan tidak biasa "ditembak", dimaki pon aku sudah biasa. Telinga ku telah sebal menerima semua itu.

Sejak tinggal di rumah sendiri, aku jarang sekali dapat pulang ke rumah mak dan ayahku dek kerana kesibukan. Tp aku tidak pernah lupa menelefon mereka, paling kurang 2 hari sekali. Sungguh, kesibukan ku kadang-kadang membuatkan aku berasa tertekan. Bila difikirkan, sejak minggu pertama aku memulakan tugas di sini hingga ke hari ini, aku blum dapat rehat. Setiap hujung minggu dipenuhi dengan program dan jemputan ke majlis-majlis rasmi , manakala hari biasa dipenuhi dengan mesyuarat-mesyuarat. Aku jadi jelak untuk ke hotel-hotel. Mak sudah mula merungut. Katanya aku terlampau sibuk. Boleh dikatakan setiap kali aku menelefon ke rumah, mak akan merungut. Ayah pulak bising suruh mengambil cuti. Kesian pada mak kerana dia tak boleh merungut banyak2 sbb aku kembali ke Melaka kerana memenuhi impiannya yang mahu aku bekerja di Melaka. Semua itu telah kuturuti.Sayang aku pulak dah pandai merungut jugak. Katanya aku sudah tidak punya waktu melayan dia. Kesian pada sayang bila minggu lepas dia turun ke Melaka, aku terpaksa membawanya ke tempat program kerana aku terpaksa bertugas. Kesian sungguh. Sekarang aku menelefon dia semasa aku sedang bekerja, cuba membayar balik waktu-waktu berbual di sebelah malam . Aku terlampau letih di sebelah mlm, hinggakan hanya mampu berbual 2-3 minit sahaja, kemudian terlelap.

Belum pon habis bulan 8, diariku dah penuh dengan program-program bulan 9. Aku sudah pening!

No comments: