Thursday, October 19, 2006

Mas kahwin di NS naik


SEREMBAN 18 Okt. ? Berkuat kuasa serta-merta, kadar mas kahwin untuk anak gadis dan janda di Negeri Sembilan diselaraskan pada kadar baru iaitu RM200 dan RM100 seorang.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penyelarasan itu dibuat setelah menerima pandangan ketua-ketua adat supaya kadar itu dinaikkan.

'Ia juga telah dipersetujui dalam Mesyuarat Dewan Keadilan dan Undang dan telah diwartakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk dilaksanakan serta-merta bagi setiap perkahwinan di negeri ini,' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Mohamad berkata, sebelum ini kadar mas kahwin adalah berbeza antara daerah di seluruh negeri hingga menimbulkan kekeliruan.

"Jadi kadar baru ini amat berpatutan berbanding dengan negeri lain. Kalau nak kahwin bayarlah bukannya mahal sangat... lagi pun sebelum ini orang kata mas kahwin anak gadis negeri ini terlalu murah," katanya



Komen aku: Bestnyerrr!!!Tp dear tak terperanjat pon..sbb dia dah tau dulu. hampes jerrr

No comments: