Wednesday, April 19, 2006

3 in 1

Aku rasa cam sangat2 laaa penat dan bz skang nih. Ape taknyer, dua-dua tgn dan kaki aku terikat. 3 pekerjaan aku lakukan dalam satu masa. 3 company harus ku jaga. Rasa tight sgt.Selepas lunch hour ataupon selepas waktu kerja , aku perlu rush ke Desa Sri Hartamas utk membuat satu lg pekerjaan sehinggalah ke malam. at the same time, aku perlu menjaga business sendiri yg alhamdulillah telah menampakkan hasil .Walaupon business yang aku lakukan secara part-time, tp alhamdulillah segala penat lelah dan usaha telah menampakkan hasil yg begitu membanggakan.

Kepercayaan yg diberi oleh kedua-dua bos di kedua-dua company sangat2 laa membuatkan aku terharu. Bukannya 100% kepercayaan tetapi lebih dari itu . Sebetulnya, dalam rela terpaksa membuat pekerjaan yg satu itu tetapi demi menjaga kepentingan syarikat dan kebetulan sudah kenal lama dengan pemiliknya, aku berusaha untuk membantu menaikkan pernigaannya yg baru hendak bermula itu. Alhamdulillah, selama aku bekerja di dua-dua syarikat berkenaan, aku cepat serasi dengan mereka dan staff2 yg lain dan mereka pon nampaknya begitu. Amat mudah bekerjasama dengan mereka yg mudah menerima segala idea dan pandangan yg aku kira tidak laa begitu bagus tetapi mereka mengambil segala pandangan dan idea ku sbg sesuatu yg positif demi menaikkan perniagaan mereka(rasa cam jd konsultan plak).Walaupon bekerja bukan dengan org melayu (ada indonesia, ada philiphines dan india), tp mereka tetap menghormati aku. Tempat solatku disediakan dengan begitu bersih sekali dan mereka tidak sesekali mengganggu ketika aku menunaikan rukun yang 1 itu. Alangkah baiknya mereka.

Kadang-kadang aku terfikir alangkah bertuahnya hidupku. Betullah kata seorang teman, mungkin ada hikmahnya aku keluar dr lubuk penderitaan ku dulu itu. Jika di sana aku bekerja dengan ikhlas dan bermati-matian tetapi akhirnya tidak dihargai, tp kini aku aku mampu tersenyum lebar dan dengan hati yg senang aku mampu melakukan 3 pekerjaan secara serentak dan tidak kisah lg jika aku balik lewat ataupon bekerja pada hujung minggu. Dan aku telah dijanjikan dengan sesuatu yg istimewa dr mereka. Macam dapat hadiah misteri plak rasanya. Mungkin ini adalah hikmah dari Allah s.w.t. Alhamdulillah.

2 comments:

aida said...

atie, 3 jobs.. takpe, nanti lepas kahwin tambahkan aktiviti ke suami pule :P

Ms_Yat said...

adess..tu ler..prektis:D