Friday, April 28, 2006

Anak kucing itu...

Di sebuah petshop di Uptown Damansara, terdapat beberapa sangkar kucing. Kucing2 di dalam sangkar itu sangat comel. Ade 10 ekor kucing kesemuanya. Ade mak kucing, bapak kucing dan anak kucing. Kucing-kucing itu mempunyai bulu yang sangat lebat dan lembut. Kucing-kucing itu sangat manja. Ade kucing yang tidur, yang bermain bola kecil, yang mengiau dan yang sedang mkn. Saya sangat tertarik hati dengan seekor kucing yang sedang bermain bola itu. Bulunya sangat lebat dan lembut. Anak kucing itu menghulurkan kakinya utk bermain dengan jari saya. Alangkah terkejutnya saya apabila merasakan kakinya begitu lembut sekali. Saya sangat leka bermain dengan anak kucing tersebut. Sambil bergurau senda bersama anak kucing itu, saya berangan alangkah seronoknya jika saya dapat memiliki seekor kucing seperti itu yg akan sentiasa bermain dengan saya di rumah. Teman lelaki saya berasa sangat kasihan melihat seekor anak kucing yg asyik menjerit. Mungkin menjerit mahu keluar dr sangkar itu. Sedang saya leka bermain dengan anak kucing yg comel itu, saya dikejutkan dengan pautan tangan teman lelaki saya. " Kedai dah nak tutup laa sayang". Dengan pandangan mata yang sedih, saya memandang teman lelaki saya, " nak beli anak kucing nih, boleh?". " Tak boleh, nanti awak batuk-batuk." Alangkah sedihnya saya ketika itu. Di luar kedai, dua org pemuda sedang menanti dengan sabar utk kami keluar. Alangkah longlainya langkah saya ketika meninggalkan kedai itu dan anak kucing itu. Alangkah bagusnya sekiranya saya dapat memiliki anak kucing itu....

No comments: