Wednesday, May 31, 2006

Oh Gelang Kakiku.....

Kalau dah kate bukan rezeki tuh, mmg bukan rezeki laa jugak. Ntah kat mana silapnya, gelang kakiku yg selama 20thn melekat di kaki ku ini hilang jua. Sedih bukan kepalang. Mungkin 'dolat' sbb aku pernah berkira-kira utk menghumbankan gelang kakiku itu di kedai emas utk digantikan dengan yg baru tapi mak kata jgn dijual. Kalau ada rezeki beli yg lain dan simpan yg lama utk anak-anak nanti (eh..anak-anak?).


Sudah jatuh ditimpa tangga. Ketika sangat bersedih dengan kehilangan hartaku yg satu itu, laling pulak memarahiku kerana tidak menjaga gelang kakiku itu baik-baik walaupon berkali-kali dia menegur utk mengikat cangkuk gelang kakiku itu dengan benang. Alamak...tak rock aa kite umur 24 thn nak ikat gelang ngan benang lg, cam budak-budak. Itulah kataku pada lalingku. Ape pon mmg lalingku tak patut marah. Dah nak ilangkan. Bukannyer aku saje-saje nak ilangkan. Betul tak?


Di saat lalingku berkira-kira utk membelikan gelang kakiku yg baru, anak saudaranya pula meminta 'sponsor' utk membeli handphone yg baru. Katanya utk befdaynya (ke 13 thn kot). Hurm...demi bakal anak saudaraku yg satu itu, terpaksa laa aku merelakan. Laling pon terpaksa laa melupakan hasrat utk membeli kasut bola dan kasut futsal yg baru.


Terpaksa laa selepas ini aku bekerja keras utk mendapatkan gelang kaki yg baru....

No comments: