Wednesday, May 27, 2009

Speechless

Sangat bengang dengan facebook. Suddenly takleh nak log in! bengang tahap tak tau nak cakap ape ah!!!!

Thursday, May 21, 2009

The Confesssion of Shopaholics- Purse Story

Photobucket


It's been a long time i didn't reward myself by buying things ( except i get myself perfumes, handbags and shoes). Since my purse cannot be used anymore and i only used pouch as my purse, it's time for me to get the new one.

I've been surveyed new purse for a long time and i saw this lovely purse from Carlo Rino in Jaya Jusco and it cost RM200. I didn't buy it for the first time since that time i want to get permission from my husband. The time i get the permission, the purse has been 'stolen' by somebody else. Hampes....!

Last week when i went to Melaka Mall, i saw the same purse that i saw in Carlo Rino's outlet last time was there. Surprised me, it only cost me RM158 if i buy it. OMG! I really want it.Really, really! I just grabbed it and paid immediately!It worth the money!

My husband just 'geleng kepala' when he saw me with my new purse.' Takde duit pon nak beli jugak!'.I just 'senyum kambing' that time!Ehehhehe...

Tuesday, May 19, 2009

Hati tambah sebal

Kadangkala, hati ini terlalu keras untuk memaafkan seseorang. Pernah aku menangis dengan tiba-tiba tatkala sedang bercerita dengan rakan sekerja. Apa silapnya hingga kami bersengketa. Demi Allah, sesungguhnya hati ini ingin sekali memaafkan hamba Allah tersebut dan cuba bersangka baik setiap hati.

Entah di mana silapnya juga, semakin aku cuba memaafkannya, semakin jelas terbukti sikap anehnya terhadapku. Ada saja perlakuanku yang tidak kena di matanya. Aku jadi bertambah kesal. Pelbagai hasutan dan fitnah disuap kepada orang atas agar membenci diriku. Biar bagaimana bersungguh-sungguhnya aku bekerja, namun sia2.

Setiap hari ada sahaja kata-kata yang kurang sedap didengar , tak kiralah dari rakan-rakan sekerja mahupon staf bawahan yang sentiasa mengupdate umpatan-umpatan hamba Allah tersebut kepada ku. Aku muak! Aku cuba sekeras-kerasnya untuk tidak mahu percaya waima mendengar sekalipon.

Mungkin aku dilahirkan dengan sifat panas baran, tetapi bukan dengan sifat pendendam. Bagaimana marah aku sekalipon, tak mungkin aku akan berdendam. Dengan sendirinya hatiku akan terbuka untuk memaafkan sesiapa. Tapi kali ini, entahlah! Seperti sudah tertutup ! Bukan sahaja aku muak melihat telatah dan mukanya, dengar suaranya juga serasa ingin muntah!

Hati jadi sebak tatkala menaip catatan ini!

Datin WanAbe

Kelakar jugak siri di tv malam ni. Seorang suri rumah yang lagaknya seperti seorang Datin. Hakikatnya, suami seorang kerani di agensi kerajaan.Lucunya!

Realitinya, memang ramai seperti itu zaman sekarang. Orang berlumba-lumba mengejar pangkat Datuk walaupun terpaksa membeli dengan harga dot dot dot.

Ramai pulak datin-datin di luar sana yang lagaknya mengalahkan seorang isteri Perdana Menteri. Protokol si suami pula tak perlu dibicarakan. Kalau boleh, mahu dibentang permaidani merah serata alam. Orang besar lah katakan!

Tapi tak kurang juga yang merendah diri hinggakan tidak disangka-sangka itu adalah Datuk ataupun Datin kerana pakaiannya biasa-biasa saja, keretanya biasa juga malah tutur katanya menunduk bumi.

Itulah realiti dunia.

Tuesday, May 05, 2009

Hati Sebal

"Haram apabila sesama saudara tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari..."

Terkedu aku bila terdengar gazet di tv beberapa hari yang lepas untuk rancangan Anjakan Paradigma.

Aku tau ia memang salah dan haram. Tp hati dan ego melebihi segalanya.

Mengapa selama ini aku yang sering beralah dan mengikut sahaja rentaknya sedangkan dia...

Sering berlagak besar dan sering membuat diriku dan rakan-rakanku menjadi mangsa.

Aku bukanlah seorang pembenci jauh sekali seorang pendendam, tp seringkali diri ini dipersalahkan dan dijadikan mangsa. Aku jadi muak dan mual untuk melihat dirinya , apalagi suaranya.

Ya Allah..Kau berikanlah sedikit kekuatan dan kesabaran kepada hambaMu yang serba kekurangan ini. Kau tunjukkanlah jalan kebenaran kepada orang-orang yang benar. AMIN....

Nota : Terima kasih yang tidak terhingga kepada suami dan rakan-rakan yang sering berada disisi memberi semangat.