Tuesday, May 19, 2009

Datin WanAbe

Kelakar jugak siri di tv malam ni. Seorang suri rumah yang lagaknya seperti seorang Datin. Hakikatnya, suami seorang kerani di agensi kerajaan.Lucunya!

Realitinya, memang ramai seperti itu zaman sekarang. Orang berlumba-lumba mengejar pangkat Datuk walaupun terpaksa membeli dengan harga dot dot dot.

Ramai pulak datin-datin di luar sana yang lagaknya mengalahkan seorang isteri Perdana Menteri. Protokol si suami pula tak perlu dibicarakan. Kalau boleh, mahu dibentang permaidani merah serata alam. Orang besar lah katakan!

Tapi tak kurang juga yang merendah diri hinggakan tidak disangka-sangka itu adalah Datuk ataupun Datin kerana pakaiannya biasa-biasa saja, keretanya biasa juga malah tutur katanya menunduk bumi.

Itulah realiti dunia.

No comments: