Tuesday, May 19, 2009

Hati tambah sebal

Kadangkala, hati ini terlalu keras untuk memaafkan seseorang. Pernah aku menangis dengan tiba-tiba tatkala sedang bercerita dengan rakan sekerja. Apa silapnya hingga kami bersengketa. Demi Allah, sesungguhnya hati ini ingin sekali memaafkan hamba Allah tersebut dan cuba bersangka baik setiap hati.

Entah di mana silapnya juga, semakin aku cuba memaafkannya, semakin jelas terbukti sikap anehnya terhadapku. Ada saja perlakuanku yang tidak kena di matanya. Aku jadi bertambah kesal. Pelbagai hasutan dan fitnah disuap kepada orang atas agar membenci diriku. Biar bagaimana bersungguh-sungguhnya aku bekerja, namun sia2.

Setiap hari ada sahaja kata-kata yang kurang sedap didengar , tak kiralah dari rakan-rakan sekerja mahupon staf bawahan yang sentiasa mengupdate umpatan-umpatan hamba Allah tersebut kepada ku. Aku muak! Aku cuba sekeras-kerasnya untuk tidak mahu percaya waima mendengar sekalipon.

Mungkin aku dilahirkan dengan sifat panas baran, tetapi bukan dengan sifat pendendam. Bagaimana marah aku sekalipon, tak mungkin aku akan berdendam. Dengan sendirinya hatiku akan terbuka untuk memaafkan sesiapa. Tapi kali ini, entahlah! Seperti sudah tertutup ! Bukan sahaja aku muak melihat telatah dan mukanya, dengar suaranya juga serasa ingin muntah!

Hati jadi sebak tatkala menaip catatan ini!

No comments: