Thursday, July 27, 2006

Langkawi Again..

I'm going to Langkawi again tomorrow for IMTGT Business Council. Thank God, they arrange for a flight otherwise i'm dead there. The most happiest people in the world the moment i told her that i had to go Langkawi is my mom. I know what's in her mind already. No need to ask more details. Try to 'ajak-ajak ayam' her to follow me since i stay alone in the hotel (since i'm the only ladies in the group of 8), she refused. Ceh konon!! Malas nak layan. I am sure that she already had a list of things for me to buy there.

Wednesday, July 26, 2006

Aku memandang ke luar tingkap, tp kepala ku kosong. Kosong sekosong-kosongnya. Aku bingung memikirkan apakah telah berlaku kepada diriku kebelakangan ini. Aku tidak pasti adakah apa yang kulakukan sekarang ini adalah jalan terbaik buat diriku. Adakah aku sebegitu bodoh dengan mengambil jalan yang ku ambil sekarang dan meninggalkan segala yang telah ku perolehi?

Ya Allah, kau berilah petunjuk kepada diriku ini. Tunjukkan lah jalan terbaik buat dirku. Sesungguhnya aku adalah insan yang lemah.

Monday, July 24, 2006

[1]
Rasa penat giler since balik lewat semalam dr Seremban. Sampai Melaka jam 12am and sleep @ 3am since doing some stuff. Sian Dear bila sempat jumpe dia 1/2 hrs aje . He drove all the way from KL semata-mata nak jumpa aku di Seremban kerana kebetulan aku bertugas semalam di Royal Adelphi sbb ade program Travel Mart between Melaka & NS. Aku dijadualkan boleh pulang jam 6pm , tapi tiba-tiba bos suh stay jugak sbb ade dinner dengan politicians. Alahai, lecey betol laaa. Dear sampai ngamok2 laa jugak sbb aku tak tepati janji. Alahai, sedihnyer.Rindu sangat agaknyer dengan aku. Curi-curi jugak keluar skejap smalam jumpa dia, masing-masing mata dah merah sbb tahan sedey. Aduhaiii..Dugaannyer!!!

[2]
Goodluck to a fren who will fight in the"battle" tomorrow. Be strong !!Chaiyokkk!!!

Thursday, July 13, 2006

Alahai Milo ku...

Dah dua hari berturut-turut aku tak sempat utk menghabiskan milo dan sarapan yang mak buat tiap-tiap pagi bila mana ada saje urgent meeting yg terpaksa aku hadiri. Bila hari pertama miloku terbiar dan basi di atas meja, aku terus membancuh miloku sesampainya aku di ofis semalam. Belum sempat aku meneguk dan menghabiskan rotiku, aku telah didatangi oleh PA ku lalu menunjukkan surat yg aku terpaksa mewakili bos utk menjadi hakim utk Pertandingan Indah dan Bersih kategori Kelab Golf. Yang buat aku rasa tercekik tu, waktu perjumpaan adalah pada pukul 8.15am dan jam dah menunjukkan pukul 8.10am. Bagai halilintar laa aku mencapai beg tangan dan buku notaku dan berjalan keluar dr opis sambil meninggalkan amanat pada pembantuku yang sangat dedikasi itu. Dan bagaikan superman aku memandu ke Wisma Negeri di Ayer Keroh. Kononnya nak cepat sangatla , ikutla jalan baru yg aku tak baper familiar, sekali salah simpang daaa..Ade plak accident kat depan tu, lg laa.


Sampai aje kat Wisma Negeri, aku diberitahu semua hakim dah keluar. Mampus! Mana aku nak carik diorang nih.Nasib baik laa abang tu bijak sket, bawak aku pegi kafe tgk laa kot2 diorg still ade situ. Seb baik laa ade. Selamattt.....


Pengalaman pertama naik buggy (alaa, kete yg kat golf club tuh..), mmg kecut perut. Rasa jakun pon ade(kalau korang rasa aku jakun pon aku tak kisah..ehehhe), tp lelama tu syok plak. Spoil plak aku pakai high heel, klu tak mmg sah2 aku bawak buggy tuh.


kelab golf yang kedua aku terpaksa duduk sebelah CEO dia plak. adesss...mati akal aku. Nasib baik laa org tua tuh ok. So kami borak cam kawan-kawan dah lama kenal plak. Bleh plak org tua tu kate english aku very good , rasa nak terjatuh dr buggy tu pon ade. Giler ape ? Aku rasa english aku laa paling teruk kat muka bumi nih.


Tp yg paling2 best bila kitorang dapat masuk bilik VVIP yg hanya dikhaskan utk para sultan dan PM sahaja kat A'Famosa Resort . Waaa..rasa bangga tuh. Bukan takat masuk jer, siap mkn2 lg kat dalam tuh. Siap meeting lg plak.Makanan, pergghhh mavelesss.Bilik air, toksah citer laa. Aku rasa nak berendam je dalam jakuzi tuh. Silap laa tak bawak kamera(jap...Aku mana ada kamera! huh..spoilll). Nak masuk lain hari, tadek can dah. Menurut kata manager situ, pengubahsuaian bilik tu saje berharga RM 200k. Ade dua je bilik mcm tu kat situ, yg lain2 bilik vip biasa. Sonotnyer laa hai.Rasa cam tak mau balik dah. Nak dok situ jer.

Tuesday, July 11, 2006

Hampehnyer

Terasa hampeh nyer diri ini bila ade insan yang cuba memperkotak katikkan diriku yang baru beberapa hari berkhidmat nih. Seb baik laa ade sorang dua insan yang sanggup membantu dan menyelamatkan ku daripada terus terjerumus ke dalam lobang jahanam. Hampeh sungguh. Dalam diam cuba mengenakan ku yer. Patutla aku tak berapa senang hati atas keputusan yg aku buat tuh, seb baik ade penyelamat. Kepada insan itu, berbanyak terima kasih atas segala tunjuk ajar yang hampir-hampir menjerumuskan diriku ke arah kehancuran kerjayaku. Cis , jerangkung dalam almari!!!

Monday, July 10, 2006

The One With HIV+

Serius tak puas hati dengan episod semalam dalam Gol & Gincu. Why they chose Reza instead of other people. Serius , serius dan serius tak puas hati sangat2. And seriously i've totally forgotten about the series yesterday after so bz doing some stuff. It's nearly 10.30 pm after i realized that i have an appointment with G&G at 10pm. Like crazy, opened my Astro (cause my Tv inside my room dun get the 8tv channel) . Dah separuh dah!!!Argghhh tenseenn!!! As usual, Putri and Reza always been a cute couple in my eyes and i was half past dead when i heard Reza told Putri that he had HIV+.Goshh!!!Can't wait to watch next week episode when Ayu scold Putri with " Kau mmg perempuan sial. Sebab kau lah Reza dapat HIV " and seriously can't wait to see her face after knowing the truth about Reza.

Respect giler ngan lakonan Sazzy dalam G&G compared to Spanar Jaya.

Friday, July 07, 2006

Jalan-jalan & Makan-makan

Working here is all about jalan-jalan & makan-makan.My 2nd day here, i was brought to one of the seminar in conjuction of "Think Tourism" lauched by Tourism Malaysia which held for two weeks here and covered all 12 sub-sector in Melaka tourism. Been there and ry to get to know important people and since i'm in the MICE unit , my role is very important to the Melaka tourism. Some people from Kementerian has made joke, want to 'dera' me and they want to throw all the MICE program throughout the year to me. What!!!!!


The 3rd day, we have to conduct a seminar for Budget Hotel Association plus the makan-makan which make my stomach want to burst!Back to office after then, having a meeting about the launching of Mega Familiarisation (Mega Fam) in conjuction of Citrawarna Malaysia which on this Sat. Plus mkn somemore.


Having the 4th session of seminar for Melaka Transport and Travel Association(MATTA) at Legacy Hotel which i familiar before with the air conditioning system (so sejuk !!!) and the choc cake there is soooo nice!!plus the samosa , it's good too. After having a meeting ( which i'm totally blur and out or topic ), and not forget to mention it's J-card day!Drove there with kak Wida and looked for a parking for a hour! what the hell i'm being there ???The crowd, masyaAllah!Bertambah headache. While so bz following Kak Wida, suddenly met someone which looked familiar in my eyes. It's Ieta with her tunang. Amboii , rajin sungguh tunang bawak awak kat tempat crowded gitu yer , ieta. Bertuahnya badan.


We having lauched of Mega Fam this morning and the refreshment and lunch are by Century Mahkota. The food, i tell u, soooo goood. Delicious! Thank God, i'm not wearing my corset today, and i manage to eat a little bit more than usual. And again, we are having dinner tonite at Taman Mini Malaysia together with all 500 delegacy from 33 countries around the world for their final night stay at Melaka before they move to KL for Citrawarna Malaysia tomorrow nite. And i heard that tonite mkn-mkn is more grand than usual. Hope my kebaya fit me well and i dun need to wear the corset (i hope so!)

Monday, July 03, 2006

Vitamin D
Memulakan hari pertamaku bertugas di Jabatan Ketua Menteri Melaka pada jam 8 pagi dengan menyanyikan lagu Negaraku dan Melaka Maju dalam upacara Perhimpunan Bulanan di Seri Negeri. Aku lihat semua Datuk-Datuk dan semua kakitangan jabatan kerajaan berdiri bersama-sama tanpa mengira pangkat dan darjat. Tak ketinggalan Ketua Menteri juga turut berdiri di tengah panas walaupon peluh dah menitik-nitik turun membasahi kolar baju. Ketika di situ, aku teringat pengalaman masa sekolah dulu-dulu di mana kene beratur di tengah panas pagi sampai ada yang basah lencun dek peluh hangit.Cikgu-cikgu pulak sedap duduk di kerusi yang beratapkan bumbung redup sambil memandang sinis pada murid-murid kerana tidak berdiri tegak. Huh! Tapi hari ini, ku lihat tidak ada sebuah kerusi pon di situ , waima CM turut berdiri di tengah panas, sama-sama berdiri tegak.

Memulakan upacara dengan bacaan doa dan apa yang kuperhatikan setelah beberapa kali hadir di Seri Negeri, tepat jam 8.15 pagi, walaupon tiada perhimpunan pagi, bacaan doa tetap berkumandang melalui pembesar suara dan semua kakitangan turut mengaminkan doa tersebut. Setiap Jumaat pula akan ada ceramah agama yang akan dihadiri oleh semua kakitangan tanpa ada paksaan. Berbeza sungguh dengan tempat keje lama ku (maaf, nama terpaksa dirahsiakan) apabila memaksa staf utk menghadiri ceramah agama yang mana rata-ratanya datang dengan hati yang berbuku dan tidk ikhlas. Terpaksa! Alhamdulillah, di sini ku lihat, walaupon tidak dipaksa, masih ramai yang datang. Di sini attendance terpaksa diambil utk memastikan kekitangan tidak "melencong" ke tempat lain semasa sejam ceramah.

Alhamdulillah, dari apa yang diberitahu kepadaku pagi tadi, Bos ku amat bertimbang rasa dan baik hati. kebetulan pula, aku telah bertemu beliau sewaktu interiew (yang mana byk mengasakku dengan soalan2 yang hampir menyebabkan aku tercekik). Aku telah diberikan seorang staff lelaki yang akan membantuku dan alhamdulillah dia nampaknya ok dan mudah untuk bekerjasama.

Apa yang ku harapkan kali ini, aku dapat meyakinkan bos aku dengan keupayaanku dan "saya akan buat yang terbaik!!!" (pinjam jap ayat skema AF).