Thursday, July 13, 2006

Alahai Milo ku...

Dah dua hari berturut-turut aku tak sempat utk menghabiskan milo dan sarapan yang mak buat tiap-tiap pagi bila mana ada saje urgent meeting yg terpaksa aku hadiri. Bila hari pertama miloku terbiar dan basi di atas meja, aku terus membancuh miloku sesampainya aku di ofis semalam. Belum sempat aku meneguk dan menghabiskan rotiku, aku telah didatangi oleh PA ku lalu menunjukkan surat yg aku terpaksa mewakili bos utk menjadi hakim utk Pertandingan Indah dan Bersih kategori Kelab Golf. Yang buat aku rasa tercekik tu, waktu perjumpaan adalah pada pukul 8.15am dan jam dah menunjukkan pukul 8.10am. Bagai halilintar laa aku mencapai beg tangan dan buku notaku dan berjalan keluar dr opis sambil meninggalkan amanat pada pembantuku yang sangat dedikasi itu. Dan bagaikan superman aku memandu ke Wisma Negeri di Ayer Keroh. Kononnya nak cepat sangatla , ikutla jalan baru yg aku tak baper familiar, sekali salah simpang daaa..Ade plak accident kat depan tu, lg laa.


Sampai aje kat Wisma Negeri, aku diberitahu semua hakim dah keluar. Mampus! Mana aku nak carik diorang nih.Nasib baik laa abang tu bijak sket, bawak aku pegi kafe tgk laa kot2 diorg still ade situ. Seb baik laa ade. Selamattt.....


Pengalaman pertama naik buggy (alaa, kete yg kat golf club tuh..), mmg kecut perut. Rasa jakun pon ade(kalau korang rasa aku jakun pon aku tak kisah..ehehhe), tp lelama tu syok plak. Spoil plak aku pakai high heel, klu tak mmg sah2 aku bawak buggy tuh.


kelab golf yang kedua aku terpaksa duduk sebelah CEO dia plak. adesss...mati akal aku. Nasib baik laa org tua tuh ok. So kami borak cam kawan-kawan dah lama kenal plak. Bleh plak org tua tu kate english aku very good , rasa nak terjatuh dr buggy tu pon ade. Giler ape ? Aku rasa english aku laa paling teruk kat muka bumi nih.


Tp yg paling2 best bila kitorang dapat masuk bilik VVIP yg hanya dikhaskan utk para sultan dan PM sahaja kat A'Famosa Resort . Waaa..rasa bangga tuh. Bukan takat masuk jer, siap mkn2 lg kat dalam tuh. Siap meeting lg plak.Makanan, pergghhh mavelesss.Bilik air, toksah citer laa. Aku rasa nak berendam je dalam jakuzi tuh. Silap laa tak bawak kamera(jap...Aku mana ada kamera! huh..spoilll). Nak masuk lain hari, tadek can dah. Menurut kata manager situ, pengubahsuaian bilik tu saje berharga RM 200k. Ade dua je bilik mcm tu kat situ, yg lain2 bilik vip biasa. Sonotnyer laa hai.Rasa cam tak mau balik dah. Nak dok situ jer.

No comments: