Wednesday, August 02, 2006

Balkis...

Alhamdulillah, Balkis selamat dilahirkan lebih kurang jam 3 petang di Pusat Perubatan Universiti Malaya semalam. Balkis mesti montel macam mak su dia masa baby sbb dia dilahirkan dengan berat 3.5kg. Mak su dia dulu time lahir berat 3.9kg. Balkis mesti comel dan putih ikut kulit Papa dan Mama, dan jugak macam Mak su masa baby. Atok ngan Nenek kata nak gie tgk Balkis Khamis nih, tp Mak su tak dapat pegi tgk sbb keje. Ujung minggu nanti baru boleh jengok Balkis.

Hari nih Papa Balkis nak gie tanam uri kat rumah kg Labu. Mama Balkis still kat hospital, petang nih baru balik rumah.

Selama nih Mak su teringin sangat nak beli baju-baju baby , selalunya belikan utk anak kawan-kawan Mak su aje. Tp lepas-lepas nih, Mak su dah boleh belikan utk Balkis. Mainan utk Balkis lepas nih pon banyak.Atok ngan Nenek lepas nih mesti dah tak kisah pasal Mak su sbb Balkis dah ada. Meriah laa rumah Atok ngan Nenek lepas nih dengan suara Balkis.

No comments: