Tuesday, October 26, 2004

TERSENYUM MENERIMA KESUSAHAN DAN KESENANGAN

ALLAH berfirman di dalam Hadis Qudsi:

?Aku hairan dengan orang Mukmin. Dapat nikmat pun dia memperolehi pahala. Dan diuji dengan kesusahan pun dapat pahala.?

Orang Mukmin yang sejati, bila ALLAH susahkan dia, dia berfikir, tentu ALLAH mahu beri dia pahala sabar. Pahala sabar itu bighairi hisab ? tanpa dihi­tung-hitung. Kalau kebaikan bia­sa diberi ganjaran satu perse­puluh atau paling-paling tinggi satu hingga tujuh ratus, tetapi pa­hala sabar, ALLAH mungkin ba­las dengan tujuh juta atau seisi langit dan bumi; terpulang pada ALLAH untuk memberinya. Patutlah orang Mukmin boleh senyum gembira dengan ujian kesusahan yang diberikan oleh ALLAH SWT, sebab dia tahu dia akan diberi pahala. ltulah yang dimaksudkan dengan Hadis di atas.

Bila dapat nikmat atau kese­nangan seperti sihat badan, ada duit, dapat suami, dapat isteri, dapat cahayamata, dapat makan minum dan sebagainya, dia se­dar dan insaf bahawa nikmat itu datang daripada ALLAH. Oleh itu dia sentiasa rasa syukur kepada ALLAH SWT, Aku mesti gunakan nikmat ni kerana ALLAH. Aku mesti tingkatkan perjuangan, aku mesti tambah kebaikan, sebab ALLAH beri kebaikan kepada aku. Oleh itu dia dapat pahala. Yakni pahala syukur atas nikmat yang ALLAH beri.

Sekiranya dia dapat kesusa­han pun, dia dapat pahala. Jauh sekali bezanya dengan kita. Kita bila diberi nikmat, nikmat itu men­jadi bala, mendatangkan dos?. BiIa diuji dengan kesusahan pun ia menjadi bala. Yang senang pun kita dapat bala, yang bala jadi dua kali bala. Kalau seseorang itu meman­dang kecil pada ALLAH, waktu senang dia akan lupakan ALLAH. Jangan sangka kesenangan boleh mendekatkan dia dengan ALLAH. Kesusahan lebih baik baginya. Dia akan sedar dirinya hamba. Sakit gigi pun dah tak tahan. Selama ini aku ingat aku ini hebat, gagah. Bila diuji baru terpelengok. Rupanya aku ni hamba. Baru kita terasa diri kita kecil, dan ALLAH itu besar. Jadi memang elok kita diuji. Tapi sekiranya memang tak pernah kena uji, kalau diuji pun hanya dengan ujian yang kecil-­kecil, bukan ujian yang besar-­besar, bila diberi ujian lebih sikit, kita rasa kitalah yang paling berat diuji di antara manusia-manusia. Sakitnya jiwa kita.

JIWA TAUHID

Ubat untuk sakit jiwa tidak lain melainkan tauhid kepada ALLAH SWT. Kuatkan jiwa dengan ALLAH SWT. Kita boleh kuatkan fizikal dengan senaman, boleh berjoging tiap-tiap hari ataupun beli alat-alat aerobik, makan bahan-bahan berzat secukupnya. Semua ini boleh menyihatkan badan. Tapi makin kuat fizikal, makin lemah jiwa. Kenapa? Kerana jiwa tak dikuatkan dengan ALLAH.

Sebab itu perlunya ujian kesusahan. Dengan ujian itu, kita sedar ALLAH itu ada dan kita sedar perbuatan ALLAH pada kita. Kita tahu mengapa ALLAH laku­kan sesuatu kepada kita. Kalau umpamanya ada orang menyu­sahkan kita, kita tahu ia merupakan ujian dari ALLAH untuk peng­hapusan dosa kita. Mungkin wak­tu kita muda-muda dulu kita per­nah menyusahkan orang lain. Se­tidak-tidaknya waktu sekolah menengah dulu, Kita jentik-jentik telinga kawan, pukul kawan, ejek-­ejek kawan. Semua itu menyakitkan hati orang.

ALLAH balas perbuatan kita itu sekarang, mungkin isteri kita mengejek kita pula. Hapuslah do­sa kita. Di waktu itulah kita kena ingat bahawa kita pernah menge­jek orang, menghina orang. Jadi ALLAH hina kita melalui isteri, melalui anak, melalui orang lain un­tuk menghapuskan dosa. Bila kita terasa dosa kita ter­hapus, alangkah bahagianya. Umpama kita diisytiharkan masuk ke Penjara, tapi tiba-tiba tak jadi dimasukkan ke dalam penjara. Alangkah bahagianya. Mungkin sebagai tanda kesyu­kuran, Kita akan sembelih lembu lima, enam ekor.

ltu baru penjana dunia. Pen­jara Akhirat (Neraka ALLAH) lebih hebat dan menakutkan. Patut kita sedar, dengan ujian kesusahan yang ditimpakan kepada Kita, ALLAH tak mahu hukum kita di Akhinat, Dia mahu hukum kita di dunia. Tapi kalau kita tak mahu menerima, kita tak faham itu gan­jaran pahala daripada ALLAH, maka jiwa kita akan sakit; itu yang membuat kita terpelengok.

Mana ada manusia yang lepas dari ujian. Raja atau pemim­pin sekalipun, walau sehebat ma­na pun dia, pasti tidak lepas dari ujian kesusahan. Kalau dia se­orang yang zalim, ALLAH datangkan orang yang lebih zalim lagi untuk menghukum dia. Bila orang jahat pukul orang jahat, maka kena buku dengan ruas. Bagi sesetengah pemimpin, kadang-kadang orang-orangnya sendiri yang lanyak dia. ALLAH datangkan tokoh-tokoh yang dia didik dan dibelainya dulu, menyu­sah dan melanyak dia. Supaya dia sedar, tak ada orang yang berkuasa. Cuma kalau dia tak sedar, dia tak nampak kuasa ALLAH. Tak nampak maha berkuasanya ALLAH.

Mungkin dia telah berlaku zalim terhadap sebuah jemaah Islam yang haq. Dia nak hapus­kan jemaah itu. Tapi ALLAH tak izinkan, bahkan jemaah itu ma­sih terus berjuang dan dari se­hari ke sehari makin berkembang; pendukung serta simpatinya makin bertambah. Bahkan orang-­orang bawahan pemimpin itu pun turut memberi simpati dan men­dukung perjuangan jemaah tersebut. Padahal tidak ada apa-apa pada jemaah itu kalau dibanding­kan dengan pemimpin yang di­kawal oleh bodyguard tapi akhir­nya dapat dijatuhkan juga. Kalau mengikut lojik, itu tidak mungkin berlaku. Tapi ia berlaku dengan izin ALLAH.

Jadi tidak ada manusia yang lepas daripada ujian. Bila dida­tangkan ujian oleh ALLAH, kita kena terima. Tak apalah susah sikit-sikit tapi bahagia di Akhirat. Tapi kalau orang yang kena ujian bukan kerana ALLAH, di dunia lagi parah. Di Akhirat dapat Neraka. Kalau kita faham ini semua kerja ALLAH, maka ianya tidak memberi kesan kepada kita. Sa­kit memang sakit dan memang kita rasa teruji, tapi taklah sam­pai kita hilang pertimbangan.

Katalah ada orang menyusah­kan kita. Mungkin suami kita, isteri kita, ibu ayah, anak atau orang lain. Waktu itu kita perlu rasakan di hati, ?Rupanya ALLAH nak berikan pahala kepada aku, jadi buat apa aku susah-susah hati. Bukan aku yang bersalah, dia yang bersalah.? Jadi kalau kita tak redha dan tidak sabar, sebenarnya itu satu kepelikan kerana orang lain yang lakukan kesalahan, kita yang susah hati. Patutnya perkara yang membolehkan kita masuk Syurga menjadikan kita redha dan sabar. Apabila orang curi duit kita um­pamanya, orang itu yang patut susah hati sebab dia yang ber­salah; dia akan masuk Neraka sedangkan kita akan dibalas dengan Syurga. Tapi kita pula yang nak marah dengan orang yang nak masuk Neraka. Kerana kita tak tahu kerja ALLAH!

Bila kawan silap sikit dengan kita, kita pun marah-marah. Pa­tutnya kawan itu yang marahkan kita, ?Tengok, aku dah termarah­kan engkau, kalau tak kena gaya, boleh masuk Neraka...? Tapi kita pula yang marahkan dia. Sedang­kan kita patut susah hati, Jangan sampai aku yang tersalah dengan orang. Bila bersalah atau silap dengan orang, aku boleh masuk Neraka. Kalau aku menjaga dari­pada membuat kesalahan, aku boleh masuk Syurga. Patutnya kita sedar tentang hal ini.

DIDIKAN UNTUK WANITA
Bagi seorang isteri, kalau dia sedar perkara ini, hatinya tidak akan susah. Umpamanya kalau suami lambat balik sikit, mungkin seminggu sekali baru balik, kita tak akan marah-marah. Kita akan bersabar dengan tindakan suami kita. ?Tak apalah suami aku buat macam in mudah-mudahan de­ngan cara inilah dosa aku ter­ampun?. Jadi kita tak akan marah-­manahkan suami kita.

Yang hairannya, kita ini terlalu pentingkan diri sendiri. Kalau kita buat pada orang tak apa, tapi kal­au orang buat pada kita, kita tak boleh terima. Orang silap dengan kita, kita ambil tahu, tapi kalau kita silap dengan orang, kita make don?t know sahaja; buat tak tahu. Suami tersilap dengan kita, kita ambil kira. Kita silap dengan suami, tak apa. Bagi si suami pula, isteri tersilap dirasakan terlalu menyakitkan, tapi bila suami yang silap, dia tak sedar. Dia buat don?t know sahaja.

Sebab itu pentingnya tauhid. Bukan tauhid sekadar percaya ALLAH itu ada, ALLAH menjadi­kan alam ini. Cuba tanya orang bukan Islam, ?ini dunia siapa yang bikin?? Tentu dia jawab, ?Tuhan ALLAH la...? Tauhid macam itu, orang kafir pun miliki. Jadi kita mesti faham akan kerja Tuhan. Bila diberi pangkat, harta dan duit sebanyak-banyak­nya, ALLAH seolah-olah berkata, ?lni Aku beri peluang untuk eng­kau membuat pahala kebajikan sebanyak-banyaknya. Tapi me­ngapa tak ambil peluang? Waktu diberi peluang keistimewa­an, kita tak ambil peluang untuk cari pahala.

Patutlah sekali-sekala ALLAH tarik nikmat itu untuk menguji kita pula. Supaya ALLAH dapat beri­kan pahala sabar pula. Tadi di­beri peluang dapat pahala syu­kur, sekarang diberi peluang merebut pahala sabar pula. Di masa-masa lain mungkin diberi peluang mendapat pahala memberi maaf, pahala meminta maaf, pahala tawakkal, pahala pemurah dan sebagainya. Kalau tak ada ke­jadian yang berlaku pada diri kita, mana ada ruang nak dapat pahala?

Pahala sabar diberi waktu susah. Kalau tak mahu terima kesusahan, mana ruang untuk kita dapat pahala sabar? Jadi setiap kejadian yang menimpa diri kita itu, sebenarnya ALLAH nak berikan pelbagai benda ke­pada kita.

AMARAN ALLAH
Menjaga hubungan hati de­ngan ALLAH itu penting. Sekira­nya ujian-ujian yang ALLAH timpakan membuatkan kita merasa tidak senang, maknanya kita tidak senang dengan ALLAH. Kita tidak senang dengan Dia yang mencipta diri kita. Gambar­kan bagaimana. Tentulah ALLAH murka. Di dalam Hadis Qudsi ada disebut:

?Kalau engkau tidak sabar de­ngan ujian dan ketentuan Aku, maka carilah bumi se/ain daripada bumi Aku, carilah /angit se/ain dari /angit Aku. Dan carilah Tuhan se/ain daripada Aku.?

Bolehkah Kita cari Tuhan lain? Bolehkah kita berpijak di bumi se­lain daripada bumi ALLAH? Kata­lah Kita nak pergi ke bulan. Bulan pun hak ALLAH juga. Seluruh isi langit dan bumi serta yang berada di antara kedua-duanya ada­Iah kepunyaan ALLAH. Demikian murkanya ALLAH SWT hingga Dia berfirman demi­kian. Kalau tidak sabar dengan ujian dan ketentuan-Nya, Dia me­nyuruh kita mencari bumi selain daripada bumi-Nya. Maknanya bumi yang di atasnya tidak ada ujian; hanya penuh dengan keindahan sahaja. Sedangkan ALLAH sudah tentukan, kehidu­pan di bumi-Nya ini ada payah dan ada senang.

Katakanlah, kita berdoa ke­pada ALLAH, minta nikmat saha­ja. Kalau kita diberi nikmat, adakah kita mampu bersyukur setiap ketika? ALLAH tambah sahaja re­zeki seringgit, Kita tambah sem­bahyang sunat dua rakaat. Bertambah sahaja sepuluh ringgit rezeki kita, Kita tambah 20 rakaat sembahyang sunat. Begitulah seterusnya, untuk menunjukkan syukur kita terhadap nikmat ALLAH. Mampukah kita berbuat be­gitu? Kalau tidak mampu, terima­lah sedikit ujian daripada ALLAH, untuk dapat pahala. Sebab kal­au kita dapat banyak nikmat daripada ALLAH pun, bukannya kita boleh menambah bakti. Bukannya kita boleh menambah kebaikan. Jangan-jangan kita bertambah jahat!

Kalau selama ini kita kurang duit, kita rajin juga sembahyang. Tapi bila duit bertambah banyak, sembahyang pun tunggang-lang­gang. Bolehkah kita berjanji dengan Tuhan; bila bertambahnya rezeki, kita akan tambah kebajikan yang dibuat. Kita akan tam­bah sembahyang sunat, tambah khidmat kepada orang, tambah sifat pemurah dan sebagainya. Apakah kita mampu berbuat demikian? Kalau tak mampu, apa yang ALLAH timpakan kepada kita, kita terima sahaja. Jangan bangkang, kerana ALLAH bermaksud untuk memberikan pahala kepada kita, cuma kita yang tak faham.

Waktu anak-anak kita main tepi jalan, kereta pula lalu-lalang, Kita rasa bimbang, lalu kita panggil dia balik. Kita jentik dan piat telinganya. Dia berkata dalam hati, ?Tak ada otak ibu ayah aku ni, sakit telinga aku dipiatnya.? Tapi sekiranya anak kita faham, dia berterima kasih kerana tindakan kita boleh menyelamatkan dia daripada kena langgar. Mana lebih sakit kena piat telinga atau dilanggar lori?

Tapi anak itu tak faham didikan ibu dan ayahnya, lalu dia jadi marah. Padahal cuma dijentik sahaja; kalau dibiarkan di­Ianggar lori, lagi parah. Kalau dia faham, ?Tak apalah dijentik sikit sebagai mengi­ngatkan aku jangan main di tengah jalan. Sebab kalau aku lalai, tak diingatkan de­ngan jentikan tadi, terus main di tengah jalan, mungkin dilanggar lori. Kalau tak mati pun, patah kaki, patah tangan. LaIu dia akan berfikir, baiknya ayah dan ibu aku ini bertanggungjawab. Rupanya begitu sayangnya dia dengan aku. BiIa si anak berfikir begitu, taklah rasa sakit hati, nak marah dan memberontak.

Bayangkan pula, kalaulah sejak dulu hingga ke hari, seluruh guru di dalam dunia ni, kerana nak menjaga ketenang­an hati dan fikiran anak muridnya, mereka pun biarkan anak muridnya berbuat apa saja. Apa yang muridnya buat walaupun salah, mereka tak marah, mereka tak akan pukul atau rotan. Anak muridnya nak mentelaah atau tidak, nak baca buku atau tidak, mereka tak tegur. Marah tidak, rotan pun tidak. Agak-agaknya bagai­mana manusia ini keadaannya?

Begitu juga kalau kita sebagai ibu bapanya, dia tak buat kerja rumah, dia malas baca buku dan sebagainya, kita tak tegur atau rotan. Bagaimana agak keadaannya? Sebab kalau jentik atau tegur tentu budak itu akan sakit hati. Kalau kita berfikir begitu, apa akan jadi? Akhirnya guru tak akan ke sekolah, anak-anak murid pun tak akan ke sekolah. Kita dulu pun pergi ke sekolah kerana mak ayah yang suruh. Kalau tak pergi, dipiatnya telinga kita. Cuma baru sekarang kita tahu nilai harga ilmu. Kalau di waktu sekolah rendah kita biarkan anak kita tanpa ditegur, sampai sekarang ini pun dia tak mahu sekolah. Apa akan jadi dengan manusia yang seperti ini?

Begitulah kalau ALLAH tak ?jentik-­jentik? kita, tak disusah-susahkan kita, apa akan jadi pada kita ini? Jadi begitulah, ALLAH susahkan kita sedikit untuk melepaskan kita dari pen­deritaan yang besar di Akhirat kelak. Kal­au kita faham seperti fahamnya si anak tadi terhadap tindakan ibu dan ayahnya, masyaALLAH, kita akan berterima kasih dan bersyukur kepada ALLAH SWT.

from forwarded e-mail

+ yatie, bila nak dtg jenguk kita org?

No comments: